Tentera Rusia maut dalam serangan mortar di Syria


Serangan mortar di kem tentera kerajaan Syria menyebabkan kematian tentera Rusia yang ke 32 dalam pergolakan di negara itu. – Gambar EPA, 12 Julai, 2017.

TENTERA Rusia maut selepas terkena serangan mortar di tengah wilayah Hama, Syria, kata kementerian pertahanan negara itu pada Rabu.

Kapten Nikolay Afanasov terbunuh apabila kem tentera kerajaan Syria terkena tembakan mortar, kata kementerian itu.

Mangsa menurutnya, merupakan antara jurulatih tentera yang ditugaskan untuk melatih tentera Syria.

Ia merupakan kematian yang ke 32 membabitkan tentera Rusia dalam peperangan di Syria, menurut rekod kementerian pertahanan Rusia.

Seorang lagi tentera Rusia dilaporkan membunuh diri pada bulam pertama operasi di negara itu yang bermula pada September 2015. – AFP, 12 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen