PRESIDEN Rusia Vladimir Putin perlu “membuat perubahan” terhadap mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat Malaysia MH17 di Ukraine, kata peguam.
Pesawat malang terbabit ditembak jatuh di kawasan bergolak di timur Ukraine pada 17, Julai 2014 menyebabkan 298 penumpang terbunuh temasuk 38 warga Australia.
Hasil siasatan yang diumumkan tahun lalu mendapati pesawat Boeing 777 itu ditembak peluru berpandu yang dibawa dari Rusia, namun Moscow berulang kali menafikan penglibatannya dan menyalahkan Kiev.
“Anak guam saya menunggu selama tiga tahun, masih tiada jawapan,” kata peguam Amerika yang mewakili mangsa dari Australia, Malaysia, New Zealand dan Belanda, Jerome Skinner kepada Sydney Morning Herald.
“Adakah anda tidak rasa kehilangan yang tragis itu patut diberi penjelasan?..Hanya anda yang mampu membetulkannya.
“Saya akan gunakan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dan apa sahaja saluran yang boleh untuk membuat Kremlin berikan penjelasan…Adakan pertemuan dengan saya dan buat perubahan terhadap mangsa berhubung tragedi ini.“
Kenyataan Skinner itu adalah seminggu selepas pasukan penyiasat bersama (JIT) – AUSTRALIA, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine – bersetuju dengan perbicaraan yang dibuat menerusi sistem perundangan Belanda.
Siasatan awal juga mendapati sekitar 100 orang terbabit memainkan “peranan aktif” dalam tragedi itu.
Penyiasat antarabangsa pada bulan lalu mendedahkan rakaman video ahi keluarga mangsa MH17 yang menyatakan kesedihan mereka selepas kehilangan orang yang tersayang dan berharap presiden Ukraine tampil dengan maklumat baharu, kata media Belanda.
Kesatuan Eropah secara rasminya melancarkan sekatan ekonomi terhadap Rusia selepas tragedi MH17 dan menyatakan Moscow gagal dalam komitmen terhadap gencatan senjata dengan Ukraine. – AFP, 12 Julai, 2017.
Komen