7 suspek pengganas Al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron di Yemen


Serangan dron bersenjata terhadap AQAP giat dijalankan sejak Presiden AS Donald Trump mengambil alih pentadbiran pada Januari 2017.– Gambar AFP, 6 Julai, 2018.

TUJUH suspek pengganas Al-Qaeda terbunuh pada Jumaat dalam serangan dron bersenjata ke atas kenderaan yang dinaiki mereka di selatan Yemeni dekat daerah Shabwa, kata pegawai keselamatan.

Kenderaan berkenaan diserang dron ketika ia melintasi jalan di Bihan dekat daerah Shabwa, kata pegawai Presiden Abedrabbo Mansour Hadi kepada AFP.

Amerika Syarikat (AS) adalah satu-satunya negara yang diketahui melakukan operasi dron bersenjata terhadap Yemen.

Pegawai keselamatan berkata militan tersebut adalah pengganas Al-Qaeda, manakala pesawat yang melakukan serangan itu dikendalikan orang Amerika.

AS menyifatkan pangkalan Al-Qaeda di Yemen sebagai cawangan paling bahaya milik kumpulan radikal itu.

Serangan dron bersenjata terhadap AQAP giat dijalankan sejak Presiden AS Donald Trump mengambil alih pentadbiran pada Januari 2017.– AFP, 6 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen