Random House batal penerbitan buku penulis kontroversi German


Penulis kontroversi German Thilo Sarrazin, 73, memberitahu Bild yang beliau menandatangani kontrak dengan Random House pada November 2016.– Gambar AFP, 6 Julai, 2018.

PENERBIT gergasi Random House enggan mengeluarkan buku baharu karya penulis kontroversi German Thilo Sarrazin kerana bimbang ia akan membangkitkan kebencian anti Islam.

Pertikaian itu, dibicarakan di sebuah mahkamah di Munich pada Isnin, merujuk buku baharu karangan Sarrazin bertajuk “Hostile Takeover—How Islam Hampers Progress and Threatens Society”.

Pada 2010, Sarrazin yang merupakan bekas jurubank pusat, menerbitkan sebuah buku bertajuk “Germany Does Away With Itself”, mendakwa golongan pendatang Islam yang kurang didikan menyebabkan rakyat German menjadi “lebih bodoh”.

Karya itu laris dijual dan dilihat membuka jalan kepada parti German alternatif yang anti-Islam untuk bertapak di Parlimen tahun lalu dengan lebih 100 ahli.

Buku baharu itu akan mula dijual pada Ogos.

Sarrazin, 73, memberitahu Bild yang beliau menandatangani kontrak dengan Random House pada November 2016.– AFP, 6 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen