SEORANG budak perempuan lima tahun dari Kampung Ampungan, Sarawak disahkan sebagai pesakit penyakit anjing gila keempat wabak virus merbahaya di negeri itu kini berada dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa kesihatan.
Kampung kanak-kanak itu terletak dalam bahagian Serian, Sarawak. Pihak berkuasa sudah mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon jangkitan penyakit anjing gila selepas dua kanak-kanak yang tinggal di situ meninggal dan seorang lagi dalam keadaan kritikal kerana jangkitan penyakit itu.
Dalam kes terbaru itu, kanak-kanak perempuan itu dilaporkan digigit anjing pada 27 Mei di kejiranan Kampung Saroban ketika mengunjungi neneknya beberapa hari sebelum festival hari Gawai pada 1 Jun.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu kenyataan semalam, pada 3 Julai yang kanak-kanak perempuan itu “menunjukkan
Katanya lagi, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke Hospital Serian untuk dirawat sebelum dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH), Kuching keesokan harinya.
Ujian makmal semalam mengesahkan yang dia dijangkiti penyakit itu.
Dr Noor Hisham berkata keadaannya semakin teruk dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Wabak penyakit anjing gila di Sarawak sudah membunuh dua beradik berusia 4 dan 6 tahun dari Kampung Paon Rimu- pusat tercetusnya wabak itu.
Kedua-dua mereka meninggal pada 4 Julai selepas ibubapa mereka membenarkan alat bantuan nyawa ditanggalkan.
Adik beradik itu sudahpun diisytiharkan mati otak.
Mangsa ketiga, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dari Kampung Lebur, Gedong masih dalam keadaan kritikal di SGH.
Dr Noor Hisham berkata yang Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Bahagian Serian sudah menjalankan usaha pengesanan bersama kes aktif (ACD) meliputi 3,248 rumah untuk mengenal pasti kes serangan anjing. Jabatan itu mendapati 192 orang digigit anjing sejak April lalu.
Katanya lagi kesemua mereka sudah diberikan suntikan vaksin penyakit anjing gila. – 12 Julai, 2017.
Komen