Perang perdagangan tak untungkan sesiapa, kata PM China


Perang perdagangan tidak menguntungkan sesiapa kerana ia memberi kesan kepada perdagangan bebas dan proses multilateral, kata Perdana Menteri China Li Keqiang.– Gambar AFP, 6 Julai, 2018.

PERDANA Menteri China memberi amaran pada Jumaat yang tiada siapa akan menang dalam perang perdagangan, beberapa jam selepas Amerika Syarikat mengenakan tarif baharu ke atas China yang menyaksikan negara itu bertindak membalas semula “serangan” itu.

“Perang perdagangan tidak menguntungkan sesiapa kerana ia memberi kesan kepada perdagangan bebas dan proses multilateral,” Li Keqiang memberitahu sidang kemuncak yang dihadiri 16 negara EU dan Balkan di Sofia.

“Jika sesebuah negara mahu meningkatkan tarif, China akan membalas bagi mempertahankan dirinya,” katanya.

AS dan China pada Jumaat melancarkan aksi balas membalas berkaitan tarif import, yang disifatkan Beijing sebagai “perang perdagangan terbesar dalam sejarah ekonomi” antara dua negara ekonomi besar itu.– AFP, 6 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen