Tebing Gaza sudah ‘tidak sesuai didiami’, kata PBB


Kemudahan asas di Gaza mencapai tahap terburuk dan menjadikan kehidupan penduduknya semakin sukar, kata PBB. - Gambar AFP, 12 Julai, 2017.

TEBING Gaza sudah “tidak sesuai didiami” selepas sedekal pemerintahan Hamas dan sekatan Israel, kata seorang pegawai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Robert Piper, seorang pegawai kemanusian kanan PBB di Palestin memberitahu AFP dalam satu temubual mengenai laporan kualiti hidup di Gaza yang semua petunjuk “memberikan petanda buruk”.

“Beberapa tahun lepas kami menjangkakan yang Gaza akan menjadi kawasan yang tidak sesuai didiami berdasarkan beberapa indikator tetapi nampaknya ia semakin menjadi kenyataan lebih awal daripada jangkaan kami- daripada akses penjagaan kesihatan, tenaga sehinggalah sumber air bersih,” katanya.

Laporan PBB 2012 menjangkakan yang Palestin akan menjadi negara “tidak sesuai didiami” menjelang 2020 sekiranya tiada usaha dilakukan untuk mengurangkan kesan buruk sekatan Israel.

Piper mengatakan yang sumber tenaga Gaza hanyalah untuk dua jam sehari, penjagaan kesihatan sudah merosot teruk dan pengangguran belia mencecah 60 peratus.

Laporan terbaru PBB bertajuk “Gaza- Selepas Sepuluh Tahun”, mengatakan yang lebih 95 peratus bekalan air di Gaza tidak lagi selamat diminum.

Pergerakan Islam Palestin, Hamas merampas Gaza dari Presiden Palestin Mahmud Abbas yang sekular pada Jun 2007, menyebabkan Israel mengenakan sekatan besar-besaran sehingga memburukkan keadaan kepada dua juta penduduk Gaza.

Tebing Gaza yang terhimpit antar Israel, Mesir dan barat Mediterranean hanyalah sepanjang 40 kilometer dan luasnya 10 kilometer.

Sejak 2013, Mesir satu-satunya negara yang berkongsi sempadan darat dengan Gaza menutup kebanyakkan pintu sempadan dan memusnahkan ratusan terowong penyeludupan yang berperanan penting dalam ekonomi Gaza, mendakwanya digunakan Hamas untuk menyeludup senjata api.

Hamas sudah berperang dengan Israel sebanyak tiga kali sejak 2008, yang terbaru berlaku pada 2014.

Gaza salah satu kawasan terpadat di dunia rosak teruk setiap kali serangan itu berlaku.

Duta Israel ke PBB, Danny Danon mengatakan yang laporan PBB menunjukkan “Hamas hanya membawa keperitan dan kemusnahan kepada penduduk Gaza”.

Danon mendesak PBB untuk menghukum “kepimpinan Palestin supaya tidak lagi menyokong keganasan.”

Tetapi Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diiktiraf antarabangsa sebagai kerajaan di Tebing Barat juga bertindak untuk menekan Hamas, mengurangkan pembiayaan tenaga dan didakwa mengurangkan jumlah permit perjalanan yang diberikan kepada penduduk Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar kawasan itu.

Pengkritik mengatakan tindakan PA hanya menyebabkan penduduk Gaza lebih menderita.

Selepas disingkirkan Hamas pada 2007, PA terus membayar gaji lebih 40,000 pekerjanya di situ yang tidak bekerja.

PA mengurangkan gaji mereka sejak beberapa bulan ini, dan memaksa ramai lagi bersara.

Kajian mendapati 88 peratus penduduk Palestin menentang tindakan itu, penganalis berkata tindakan itu dilakukan untuk menekan Hamas dengan mewujudkan ketegangan di Tebing Gaza. – AFP, 12 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen