Boko Haram serang tentera Nigeria, 5 terbunuh


BOKO Haram menyerang tentera Nigeria di utara negara itu, menyebabkan tiga tentera dan dua militan terbunuh, kata sumber tentera dan pemberontak kepada AFP pada Selasa.

Pihak pemberontak melepaskan tembakan kepada konvoi kenderaan tentera pada Isnin di perkampungan Hambagda yang terletak di pinggir bandar Gowza berhampiran sempadan Cameron.

“Konvoi tentera diserang pengganas Boko Haram di Hambagda menyebabkan tiga tentera terbunuh,” kata seorang pegawai tentera di Maiduguri.

Dua pengganas Boko Haram turut terbunuh dalam serangan itu sementara yang lain melarikan diri kata pegawai itu lagi.

Babakura Kolo, seorang ahli pasukan tentera orang awam yang memerangi Boko Haram bersama-sama tentera memberikan kenyataan serupa.

“Ada serangan hendak dilakukan Boko Haram kepada tentera dan rakan kami di Hambagda,” dua kilometer dari Gwoza, kata Kolo yang tinggal di Maiduguri.

“Tiga tentera dan dua pengganas Boko Haram terbunuh dalam serangan itu,” katanya.

Boko Haram menawan Gwoza pada Julai 2014, menjadikannya pusat pentadbiran mereka yang dipanggil “Khalifah”.

Walaupun sudah ditawan kembali tentera Nigeria pada Mac 2015, pihak mengganas terus melakukan serangan ke atas perkampungan berhampiran. Mereka kini bersembunyi di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Cameroon.

Sekurang-kurangnya 20,000 orang sudah terbunuh dan 2.6 juta lagi hilang tempat tinggal sejak kumpulan militan Islam itu memulakan pemberontakan pada 2009. – AFP, 12 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen