33 maut akibat gelombang haba di Kanada


Kanak-kanak dan wanita bermain di pancuran air di Place des Arts di Montreal, Kanada ketika cuaca sangat panas. – Gambar AFP, 6 Julai, 2018.

FENOMENA gelombang haba di Quebec mengorbankan 33 orang, sejak seminggu lalu, ketika suhu musim panas tinggi melanda timur Kanada, kata pihak berkuasa, semalam.

Sebanyak 18 kematian dilaporkan di ibu negeri Montreal, kata Pengarah Kesihatan Awam wilayah itu, Mylene Drouin.

Beliau berkata kebanyakan mangsa di bandar itu lelaki berusia antara 53 hingga 85 tahun yang tinggal di kawasan terdedah dan tanpa akses kepada penyaman udara sementara kematian lain berlaku di beberapa daerah penduduk berbahasa Perancis.

Agensi alam sekitar Kanada menjangkakan suhu maksimum 35 darjah Celsius, semalam dengan indeks haba (rasa suhu pada badan manusia) sehingga 45 darjah Celsius. – AFP, 6 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen