Gempa 6.6 magnitud landa kepulauan New Zealand


New Zealand pernah mengalami gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menyebabkan banyak kerosakan tahun lalu. – Gambar EPA, 11 Julai, 2017

GEMPA bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pesisir pantai New Zealand hari ini, kata pihak berkuasa negara itu.

Kesan gempa terbabit bagaimanapun hanya menyebabkan gegaran kecil di selatan kepulauan itu dan tiada kerosakan dilaporkan.

Gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira lebih 475 kilometer dari selatan tanah besar negara itu, kata Pemantau Geologi Amerika Syarikat.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh hanya gegaran kecil dirasakan di selatan kepulauan itu dan tiada ancaman dijangkakan, kata ahli seismologi Australia, Greg Breen.

Beberapa pengguna laman sosial Twitter di Invercargill dan Dunedin berkata mereka merasakan gegaran. Namun jurucakap Jabatan Bomba dan Kecemasan New Zealand berkata pihak mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

New Zealand terletak bersempadan dengan Australia di dataran tektonik pasifik, yang membentuk “Lingkaran Api Pasifik” dan pernah mengalami lebih 15,000 gegaran setahun. – AFP, 11 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen