SHOKO Asahara, pemimpin pelampau Aum Shinrikyo yang melakukan serangan maut gas sarin di stesen kereta api bawah tanah Tokyo pada 1995, dihukum mati pada Jumaat, lapor media tempatan.
Kementerian Kehakiman tidak mengesahkan sama ada Asahara sudah digantung, atau melaporkan beberapa ahli kultus lain juga akan dihukum mati pada Jumaat.
Asahara dan 12 pengikutnya menanti hukuman mati selama satu dekad kerana serangan gas kimia menggemparkan pada 1995 yang membunuh 13 orang dan mencederakan ribuan lagi.
Pelaksanaan hukuman gantungnya adalah yang pertama berkaitan dengan serangan 20 Mac 1995 yang mengejutkan dunia dan mendorong tindakan keras terhadap kultus itu.
Ia melumpuhkan ibu negara Jepun, mengubahnya menjadi hampir seperti zon perang apabila orang ramai yang cedera terhuyung-huyung keluar dari bawah tanah berusaha menyelamatkan diri.
Dilahirkan di Chizuo Matsumoto pada 1955 di pulau barat daya Kyushu, Asahara menukar namanya pada 1980-an, ketika kultus Aum bermula. – AFP, 6 Julai, 2018.
Komen