JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (OIC) dijangka mengumumkan keputusan hak penganjuran Sukan Olimpik 2024 dan 2028 kepada Paris dan Los Angeles, Khamis ini yang akan menjadi keputusan bersejarah pernah dilakukan.
Pertemuan OIC di Lausanne, Switzerland pada mulanya dijangka menjadi pertarungan untuk tahun 2024 dengan pasukan pembida Paris dan Los Angeles berusaha untuk menjadi tuan rumah.
Tetapi pertempuran itu dapat dielakkan apabila OIC memastikan yang kedua-dua bandar itu berjaya memperolehi hak penganjuran.
OIC bergelut untuk menarik pihak yang berminat menganjurkan sukan itu kerana kos yang tinggi tidak mahu mengecewakan kedua-dua banda itu.
Ketua IOC Thomas Bach mencadangkan hak penganjuran 2024 dan 2028 diberikan bersama dalam pertemuan tahunan organisasi itu di Peru, September nanti.
Cadangan itu yang disokong eksekutif Olimpik bulan lepas, dijangka akan disahkan 100 ahli iOC hari ini.
Hanya Paris dan Los Angeles yang membida hak penganjuran itu.
Paris dijangka memenangi hak penganjuran 2024, sementara Los Angeles dijangka dianugerahkan hak penganjuran pada tahun 2028.
Kedua-dua bidaan disokong pemimpin politik tertinggi negara masing-masing. – AFP, 11 Julai, 2017.
Komen