-2.jpg)
NAJIB Razak, mantan presiden Umno telah dituduh di mahkamah semalam. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu akur dan hormati dengan proses demokrasi yang sedang berjalan.
Saya juga percaya Najib akan diadili dengan sebaik mungkin dengan pemilihan barisan peguam bela terbaik negara ini.
Walau bagaimanapun, saya menyeru agar masyarakat di luar sana tidak menghukum Najib terlebih dahulu sehingga perbicaraan diputuskan. Kita harus sama-sama berdoa agar proses mahkamah ini akan berjalan dan diadili dengan sewajarnya.
Saya juga menyeru kepada akar umbi bersabar dan tidak membuat sebarang konklusi berdasarkan laporan media.
Adalah tidak adil bagi Najib dijatuhi hukuman atau diberi persepsi sedemikian yg pra matang sebelum kes ini diselesaikan di mahkamah dengan hanya berpandukan kepada laporan media.
Pemuda Umno Kuala selangor juga mendoakan supaya keluarga Najib para penyokong dan ahli Umno serta rakyat Malaysia sabar dan tabah menghadapi dugaan yang besar ini.
Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan Najib serta perjuang Umno. – 5 Julai, 2018.
*Noorazley Yahya adalah ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen