16 dilaporkan maut selepas sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas di Mississippi, lapor CNN.
Pesawat pengisi minyak US Marine Corps C-130 terhempas di kawasan Sunflower-Leflore, lapor Clarion-Ledger.
Laporan berkenaan menyebut sumber laporan itu adalah daripada pengarah Agensi Pengurusan Bencana Mississippi Lee Smithson.
Marine Corps berkata terdapat satu lagi “kemalangan” namun tidak menyebut sama ada lokasi atau dua kes itu adalah kejadian yang sama.
Jurucakap Pentagon mengesahkan hanya pesawat Marine Corps terbabit dalam insiden itu.
“Insiden membabitkan pesawat USMC KC-130 berlaku pada 10 Julai. Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” kata Marine Corps pada laman Twitternya.
Kejadian itu berlaku di kawasan yang mempunyai 1,600 warga tempatan, lapor Clarion-Ledger dan menyebut pihak bomba memadamkan kebakaran pesawat itu menggunakan semburan buih.
Terdapat laporan media yang mengatakan seramai sembilan orang berada dalam pesawat itu ketika kejadian tanpa memetik sumber. – AFP, 11 Julai, 2017.
Komen