KERAJAAN Filipina menawarkan syarat baru pada Khamis bagi membolehkan rundingan damai dengan pemberontak komunis disambung semula.
Ia bagaimanapun ditolak oleh pemimpin pemberontak tersebut.
Di bawah syarat itu, puak pemberontak perlu menghentikan kutipan “cukai revolusi” yang dikutip daripada perniagaan serta melupakan hasrat untuk menyertai kerajaan.
Penasihat rundingan damai Presiden Rodrigo Duterte Jesus Dureza juta berkata rundingan itu perlu dilaksanakan di Filipina dan bukannya di Eropah serta puak pemberontak perlu tinggal dalam kem khas yang disediakan.
“Pintu untuk rundingan damai dengan pemberontak komunis masih terbuka,” kata Dureza dalam satu kenyataan.
Duterte membatalkan rundingan pada Novermber dan mengelar Parti Komunis Filipina serta 3,800 pengikutnya sebagai “organisasi keganasan”.– AFP, 5 Julai, 2018.
Komen