MENTERI Kewangan Zimbabwe berkata pilihan raya bersejarah bulan ini akan menguaktkan usaha memulihkan ekonomi yang diakuinya “lumpuh” akibat program pembaharuan tanah Robert Mugabe.
Melalui temu bualnya bersama AFP, salah seorang sekutu rapat Presiden Emmerson Mnangagwa meramalkan parti pemerintah ZANU-PF akan menang besar pada pilihan raya 30 Julai ini, iaitu pilihan raya pertama sejak Mugabe digulingkan pada November tahun lepas selepas 37 tahun memegang kuasa.
“Saya amat yakin bahawa presiden kami, Mnangagwa akan menang besar, ZANU-PF juga menang besar,” Patrick Chinamasa memberitahu AFP sehari selepas berkempen di kawasannya di timur Zimbabwe.
Chinamasa juga mengucapkan “terima kasih” kepada Mugabe yang memperkenalkan program yang mengakibatkan kejatuhan ekonomi Zimbabwe.
Selepas program pembaharuan tanah Mugabe dimulakan pada 2000, hasil pengeluaran pertanian lumpuh, pelabur melarikan diri dan kadar pengangguran yang tinggi telah memaksa berjuta rakyat Zimbabwe mencari pekerjaan di luar negara.
Mata wang Zimbabwe dianggap tidak bernilai akibat hiperinflasi dan sejak itu Zimbabwe menggunakan dolar Amerika yang sukar didapati di samping mata wang token yang dikenali sebagai “nota bon” yang diperkenalkan dua tahun lalu.
Perkhidmatan infrastruktur dan kesihatan juga lumpuhs serta ramai rakyat Zimbabwe beratur panjang berjam-jam lamanya di luar bank untuk mengeluarkan duit yang dicatu ketat. – AFP, 5 Julai, 2018.
Komen