AUSTRIA hari ini melarang Menteri Ekonomi Turki Nihat Zeybekci memasuki negara itu untuk menghadiri perhimpunan bersempena ulang tahun kegagalan percubaan rampasan kuasa di Turki pada tahun lepas.
“Dia dihalang kerana kunjungannya tidak dirancang sebagai sebahagian daripada pertukaran dua hala, tetapi mengenai kehadirannya di acara ulang tahun kegagalan percubaan rampasan kuasa,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Thomas Schnoell.
Kehadiran Zeybekci akan mendatangkan “bahaya kepada ketenteraman awam”, katanya.
Kementerian Luar tidak mengatakan bila perhimpunan itu berlaku.
Langkah itu berlaku tiga hari selepas Belanda memberi amaran kepada Turki untuk tidak menghantar timbalan perdana menterinya Tugrul Turkes, untuk mengadakan perhimpunan di Belanda timur minggu ini bersempena ulang tahun kegagalan rampasan kuasa itu.
Hubungan antara Ankara dan Kesatuan Eropah tegang akibat tindakan keras yang menyusuli percubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai 2016 .
Awal tahun ini, beberapa negara termasuk Austria dan Jerman mengharamkan perhimpunan pro-Ankara menjelang referendum kontroversi pada April atas kemenangan besar Erdogan.
Para menteri Turki menuju ke Eropah untuk memberikan sokongan undi di kalangan jutaan pengundi Turki yang tinggal di luar negara.
Kira-kira 360,000 orang asal Turki tinggal di Austria, termasuk 117,00 warga Turki. Ramai dipercayai penyokong pro-Erdogan di mana undi mereka membantunya memenangi referendum itu. – 10 Julai, 2017.
Komen