17 maut gelombang haba di Kanada


Kebanyakan mangsa gelombang haba di timur Kanada terdiri daripada penduduk yang berisiko seperti orang tua atau mereka yang menderita penyakit kronik atau mental. – Gambar AFP, 5 Julai, 2018.

GELOMBANG panas di Quebec mengorbankan sekurang-kurangnya 17 nyawa minggu lalu disebabkan suhu musim panas yang tinggi melanda di timur Kanada, kata pegawai kesihatan semalam.

Seramai 12 maut dilaporkan di ibukota wilayah timur Montreal, kata Pengarah Kesihatan Awam Wilayah Mylene Drouin.

Akhbar Tribune berkata, lima daripada kematian berlaku dalam tempoh 48 jam lalu di Township Timur, sebuah kawasan luar bandar di timur bandar raya.

“Simpati saya bersama insan tersayang yang terkorban di Quebec semasa gelombang panas ini,” kata Perdana Menteri Justin Trudeau di Twitter.

“Suhu direkodkan dijangka berterusan di tengah dan timur Kanada, jadi pastikan anda tahu bagaimana melindungi diri anda dan keluarga,” kata Trudeau.

Drouin berkata kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk yang berisiko seperti orang tua atau mereka yang menderita penyakit kronik atau mental.

Suhu melonjak kepada 34 darjah Celsius (93 Fahrenheit) dengan kelembapan yang menjadikannya hampir seperti 40 darjah, kata perkhidmatan meteorologi.

Suhu naik 30 darjah sejak Jumaat di Quebec selatan, disertai tahap kelembapan yang menyesakkan.

Kerajaan mengeluarkan amaran gelombang haba kerajaan, tetapi ahli meteorologi meramalkan penurunan suhu menjelang hujung minggu.

Tiada kematian dilaporkan untuk tempoh yang sama di wilayah jiran Ontario, yang juga dilanda suhu yang sangat tinggi.

Pada 2010, gelombang panas membunuh kira-kira 100 orang di kawasan Montreal. – AFP, 5 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen