Gempa 5.9 magnitud landa Filipina


Gempa melanda kawasan Leyte sejak minggu lalu menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan.– Gambar EPA, 10 Julai, 2017.

GEMPA bumi berukuran 5.9 magnitud melanda tengah Filipina pada Isnin yang merupakan susulan daripada kejadian sama minggu lalu, walaupun tiada laporan kerosakan atau kematian, kata ahli seismologi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarkat berkata, gempa sederhana itu melanda pulau Leyter dekat bandar Ormoc yang dihuni 200,000 penduduk, kira-kira jam 9.41 pada kedalaman 12.7 kilometer.

Minggu lalu, gempa berukuran 6.5 magnitud melanda kawasan yang sama menyebabkan dua maut manakala 72 lagi cedera.

Sebahagian besar pulau berkenaan dihuni 1.72 juta penduduk dan sebahagian kawasan tengah Filipina masih terputus bekalan elektrik minggu ini berikutan loji kuasa Leyte terjejas akibat bencana itu.

Filipina terletak di Lingkaran Api Pasifik, di kawasan Lautan Pasifik di mana banyak berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi. – AFP, 10 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen