Dana Singapura GIC ambil langkah berhati-hati kesan dasar Trump, Brexit


GIC Pte. Ltd, yang mengawasi aset bernilai AS$350 bilion merupakan dana kekayaan negara kelapan terbesar di dunia. – Gambar EPA, 10 Julai, 2017.

DANA kekayaan Singapura, GIC Pte Ltd mengurangkan pendedahan terhadap aset yang berisiko sebagai langkah berhati-hati terhadap ketidakseimbangan ekonomi global dan risiko polisi, lapor Wall Street Journal (WSJ).

GIC Pte. Ltd, yang mengawasi aset bernilai AS$350 bilion (RM1.5 trilion) dan merupakan dana kekayaan negara kelapan terbesar di dunia, berkata rekod ekonomi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan faktor risiko lain termasuk rancangan United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah dan penstabilan perlahan kadar faedah AS, akan menjadi faktor risiko penting bagi pasaran bagi beberapa tahun mendatang.

Trump berkata beliau bercadang melaksanakan program penyahkawalseliaan, perbelanjaan cukai korporat dan perbelanjaan infrastruktur, tetapi agenda dasar ekonominya masih tidak menentu.

GIC, yang menguruskan rizab pertukaran asing Singapura, berkata dalam laporan tahunannya yang pulangan kadar nominal tahunan daripada pelaburan selama 20 tahun hingga Mac adalah 5.7%, konsisten dengan angka tahun lalu, lapor WSJ.

Peruntukannya kepada kelas aset berbeza, seperti ekuiti, bon dan ekuiti persendirian, tidak banyak berubah pada tahun lepas tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini meningkatkan pegangan tunai dan bon nominal serta mengurangkan pendedahana kepada kelas aset yang lebih tidak menentu, seperti beberapa pasaran ekuiti berisiko.

GIC, yang memiliki kepentingan besar dalam Citigroup Inc dan UBS Group AG, tidak mendedahkan saiz aset di bawah pengurusannya.

Pusat dana kekayaan negara (SWF) menganggarkan asetnya berjumlah AS$353.6 bilion.

Para eksekutif GIC berkata pada taklimat yang pemulihan krisis kewangan global 2008 yang diterajui AS masih rapuh.

“Banyak yang tidak diambil kira, pasaran AS terus menjadi sangat tinggi,” kata Jeffrey Jaensubhakij, ketua pegawai pelaburan GIC, yang dipetik WSJ.

Beliau berkata cadangan ekonomi yang dicadangkan Trump perlu memberi kesan kepada pasaran untuk ia berjalan dengan baik.

AS tetap menjadi destinasi pelaburan terbesar GIC, menyumbang 34% daripada peruntukan globalnya, sementara Jepun menyumbang 12% dan seluruh Asia sekitar 19%.

Pada Mei, dana itu mengurangkan separuh kepentingannya dalam bank utama Switzerland UBS, yang tidak termasuk dalam angka terbaru GIC.

Dana itu, yang merupakan salah satu pemegang saham terbesar UBS selama sedekad lalu, berkata ia akan mengurangkan pegangannya kepada 2.7% daripada 5.1%, sambil menambah ia “kecewa” dengan pelaburan itu, yang mengakibatkan kerugian. – 10 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen