PIHAK berkuasa di Bialystok, Poland, memindahkan kira-kira 10,000 penduduk daripada rumah mereka pagi ini selepas bom era Perang Dunia Kedua seberat 500kg ditemui semasa kerja pembinaan.
Penduduk di sekitar 60 jalan di bandar timur laut berhampiran sempadan Belarus, bersama dengan mereka yang tinggal di 45 jalan di dua pinggir bandar, terpaksa meninggalkan kediaman selepas pakar ketenteraan mengesahkan ada risiko bom itu meletup ketika dialihkan daripada tapak pembinaan menggunakan kren.
Pemindahan juga dijalankan di sepanjang laluan yang digunakan tentera untuk membawa bom itu ke pangkalan tentera di mana ia akan dimusnahkan.
Bom seperti ini sering dijumpai di tapak pembinaan di Poland, khususnya di Warsaw, di mana kira-kira 90% pusat bandar dimusnahkan pengeboman Jerman sebelum perang berakhir. - AFP, 9 Julai 2017.
Komen