Riza Aziz sampai untuk soal siasat hari kedua di SPRM


Muzliza Mustafa

Anak tiri Najib Razak, Rira Aziz sampai di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari kedua soal siasat setelah disiasat sembilan jam semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Julai, 2018.

ANAK tiri Najib Razak, Riza Aziz hadir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada jam 3 petang hari ini.

Riza, 48, tiba menaiki kereta Audi hitam ditemani dua peguamnya.

Semalam, Riza disoal siasat selama sembilan jam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan hanya dilihat meninggalkan bangunan itu selepas tengah malam. – 4 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen