BINTANG filem Amerika Syarikat (AS) Shia LaBeouf ditahan di Georgia awal pagi Sabtu selepas dia bertindak agresif terhadap seorang pegawai polis dan berkelakuan tidak senonoh, kata pihak berkuasa.
Menurut Jabatan Polis Metropolitan Savannah-Chatham, LaBeouf ditahan selepas dia mendekati seorang orang awam dan pegawai polis, meminta rokok.
Ia tahanan terkini bintang filem “Transformers” itu, dengan sekurang-kurangnya satu insiden terdahulu turut membabitkan kelakuan tidak senonoh.
“Bila LaBeouf tidak diberikan rokok, dia jadi tidak senonoh, menggunakan bahasa kasar di depan wanita dan kanak-kanak yang ada di situ,” kata polis dalam satu kenyataan.
Pegawai polis terbabit mengarahkan LaBeouf meninggalkan kawasan itu tetap dia berdegil dan semakin agresif, kata laporan itu.
Apabila polis cuba menahannya, LaBeouf lari ke hotel berhampiran sebelum akhirnya dapat ditahan di lobi.
LaBeouf didakwa kerana menghalang tugas pegawai polis, berkelakuan tidak senonoh dan mabuk di tempat umum.
LaBeouf is berada di Georgia untuk menjalani penggambaran filem “Peanut Butter Falcon,” yang turut dibintangi pelakon Dakota Johnson.
Bintang filem “Disturbia” (2007) dan “Nymphomaniac” (2013) itu pernah ditahan pada Januari ketika dia dikatakan menolak seorang lelaki di luar Muzium Imej Bergerak di New York.
Dia juga pernah ditahan pada Jun 2014 di Broadway selepas menyebabkan gangguan di dalam teater itu. – AFP, 9 Julai, 2017.
Komen