Ecuador minta Interpol tangkap bekas presiden


Bekas presiden Rafael Correa gagal hadir di mahkamah untuk kes berkaitan penculikan seorang anggota Parlimen pembangkang pada tahun 2012. – Gambar AFP, 4 Julai, 2018.

MAHKAMAH Keadilan Ecuador meluluskan permohonan pendakwa untuk menahan bekas presiden Rafael Correa yang kini menetap di Belgium - negara kelahiran isterinya - untuk tujuan ekstradisi.

Hakim Daniella Camacho berkata, permohonan akan dikemukakan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan Correa kerana melanggar perintah mahkamah.

Bekas presiden itu gagal hadir di mahkamah untuk kes berkaitan penculikan seorang anggota Parlimen pembangkang pada tahun 2012.

Ecuador memohon notis merah Interpol pada Selasa untuk membolehkan Correa diekstradisi dari Belgium. 

Sementara itu, Correa mendakwa keputusan penahanan dan ekstradisinya merupakan niat jahat Presiden Lenin Moreno yang merupakan sekutu lamanya bertujuan memalukan dan membuatnya menderita.

Correa diperintahkan melapor diri di mahkamah Ecuador setiap dua minggu sebagai sebahagian prosiding kes percubaan menculik percubaan Fernando Balda. 

Bekas presiden, yang isterinya rakyat Belgium tinggal di negara itu sejak Julai tahun lepas dan telah melapor diri ke konsulat di Brussels setiap 15 hari bermula 2 Jun.

Bagaimanapun pada Selasa, mahkamah mendakwa Correa melanggar perintah yang dikenakan ke atasnya. – Bernama, 4 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen