JUMLAH kematian akibat hujan lebat dan banjir di selatan Jepun meningkat 15 orang, ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha membawa keluar mangsa yang masih hidup.
Media tempatan Jiji Press melaporkan beribu penyelamat meredah lumpur tebal dan hujan untuk mencari mereka yang hilang dan mungkin terperangkap.
Setakat ini dipercayai lebih 600 mangsa terputus perhubungan.
Jiji dan penyiar rasmi NHK melaporkan jumlah kematian kini meningkat kepada 15 orang dan lebih banyak mayat dijumpai.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan angka rasmi kematian tujuh orang dengan 22 masih hilang.
Keadaan lumpur tebal, jalan tenggelam dan lereng bukit curam serta jambatan runtuh menghalang usaha menyelamat. – AFP, 8 Julai, 2017.
Komen