Kebakaran hutan California merebak dengan pantas 


Keadaan cuaca panas dan angin kuat memburukkan lagi kebakaran yang mula tercetus di Yolo County pada Sabtu itu.– Gambar EPA, 3 Julai, 2018.

KEBAKARAN hutan di California merebak dengan pantas memusnahkan kawasan seluas 28,000 hektar, kata pihak berkuasa pada Selasa, dengan jumlah kawasan arahan wajib berpindah dikeluarkan meningkat. 

Keadaan cuaca panas dan angin kuat memburukkan lagi kebakaran yang mula tercetus di Yolo County pada Sabtu itu.

Potensinya untuk lebih merebak adalah tinggi dan pasukan bomba masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran di kawasan muka bumi yang sukar, kata Jabatan Bomba California. 

“Anggota bomba meneruskan kerja pemadaman dan membina garisan pemisah serta mempertahankan struktur binaan daripada terjejas akibat kebakaran ini, kata pihak berkuasa dan menambah hanya lima peratus kebakaran itu berjaya dikawal. 

Lebih 2,000 anggota bomba terbabit dalam perasi pemadaman dengan bantuan 187 jentera dan 18 buah helikopter. – AFP, 3 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen