IS bunuh 2 wartawan di Mosul


DUA wartawan telivisyen Iraq, Hona Salaheddin dibunuh militan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) di selatan Mosul, lapor saluran itu hari ini.

IS memasuki Imam Gharbi awal minggu ini, menakluk kawasan itu dan berdepan dengan tentera Iraq yang bertempur untuk menyingkirkan kumpulan militan itu.

“Rakan kami Harb Hazaa al-Dulaimi dan Sudad al-Duri jurukamera mati dibunuh di Imam Gharbi,” kata saluran itu.

Hona Salaheddin menambah yang seorang lagi wartawan masih terperangkap dalam kawasan itu.

Jurucakap kementerian dalam negeri General Saad Maan mengesahkan dua wartawan terbunuh di kawasan itu dan berkata ramai lagi yang terperangkap di sana bersama-sama dengan polis.

Katanya, pasukan keselamatan berada berhampiran dengan tempat mereka terperangkap tetapi dihalang penembak tepat IS untuk menghampiri.

Kematian dua wartawan itu berlaku selepas tiga wartawan terbunuh dan seorang cedera dalam letupan di Mosul bulan lepas, ketika mereka sedang menjalankan tugas melaporkan berita daripada pertempuran sengit untuk menakluk kembali bandar itu daripada IS. – AFP, 7 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen