RoS kata pemilihan tidak sah, DAP tunggu surat rasmi


Looi Sue-Chern

JABATAN Pendaftar Persatuan (RoS) sudah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula untuk jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) parti itu, lapor BH Online hari ini.

Ketua Pengarah RoS Mohammad Razin Abdullah dipetik sebagai berkata yang CEC yang dipilih pada 29 September 2013 sebagai tidak sah.

Dalam jawapan segera kepada The Malaysian Insight, Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berkata yang parti itu akan menunggu arahan rasmi daripada RoS.

“CEC kemudiannya akan berjumpa dan memutuskan tindakan seterusnya. Ada banyak pilihan tetapi lebih baik kita kaji dahulu surat rasmi RoS.

“Jadi saya harap RoS akan menulis kepada kita secepat mungkin memaklumkan keputusan itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Masalah DAP dengan RoS bermula selepas kesilapan teknikal menyebabkan masalah pengiraan undi ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012.

Kesilapan itu kemudiannya dibetulkan tetapi ahli yang tidak berpuas hati memfailkan aduan kepada RoS, menyebabkan CEC yang dipilih diisytiharkan tidak sah. DAP mengadakan pemilihan semula pada September 2013.

Apabila masalah mula timbul dengan RoS, wujud kebimbangan sama ada calon DAP boleh menggunakan logo parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2013 yang diadakan pada bulan Mei. Bagaimanapun, parti itu berjaya mengharungi pilihan raya tanpa sebarang masalah.

Masalah RoS dianggap selesai sehinggalah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad membangkitkan kembali masalah tersebut dalam serangan terbarunya kepada DAP, mengingatkan parti pembangkang itu yang CEC mereka tidak diiktiraf.

Susulan kenyataan Sariffuddin itu, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata awal minggu ini yang satu keputusan akan dibuat berkaitan dengan kontroversi pemilihan wakil DAP itu.

Dalam kenyataan terbaru sebelum ini, Gobind berkata yang RoS sudahpun mengiktiraf CEC DAP yang dipilih pada 29 September 2013 sebagai mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas dan peranannya dalam pentadbiran harian parti itu selari dengan Perlembagaan DAP.

Katanya parti itu sudah bertindak selaras dengan perlembagaan dan sudah mentadbir, dan tidak ada arahan RoS untuk menghentikan peranan dan tugasnya. – 7 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Guna Logo PKR dlm pru14 klu logo roket tak boleh guna

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Bujang Sigandam · Ulasan

  • The RoS has clearly violated its own procedures by ordering fresh elections after four years.

    The DAP should file a judicial review against the decision while considering whether to hold fresh elections.

    If the DAP holds fresh elections, the court will rule the JR was academic.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Joe Fernandez · Ulasan