PEGAWAI keselamatan Mesir berkata dua pengebom berani mati menyerang pusat pemeriksaan keselamatan di utara Sinai yang menjadi kawasan pengganas IS melancarkan serangan.
Ambulans dikejarkan ke lokasi serangan yang menyebabkan kematian di selatan bandar Rafah bersempadan dengan Gaza, Palestin.
Jumlah kematian dalam serangan itu bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.
Ratusan anggota polis dan tentera terkorban akibat serangan pengganas di Utara Sinai selepas Presiden Mohamed Morsi digulingkan pada 2013.
IS juga dilaporkan menyerang pesawat penumpang Rusia yang membawa 224 penumpang yang merupakan pelancong menyebabkan kesemuanya terbunuh pada 2015, termasuk gereja di Mesir. – AFP, 7 Julai, 2017.
Komen