Palestin kecam undang-undang baru Israel 


Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat mengecam tindakan Israel yang menindas Palestin dengan undang-undang baharu. – Gambar EPA, 3 Julai, 2018.

PEMIMPIN Palestin mengecam sekeras-kerasnya undang-undang baharu Israel yang akan membekukan pemindahan wang kepada pihak berkuasa Palestin sebagai hukuman kepada keluarga mereka yang dipenjara kerana terbabit dalam serangan. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat berkata, tidakan itu mengancam sumber kewangan pihak berkuasa Palestin yang sedia terbeban.

Perundangan itu diluluskan lewat hari Isnin dan memberikan kuasa kerajaan Israel untuk menahan sejumlah wang berdasarkan apa yang dibayar kepada tahanan dan keluarga mereka oleh PA.

Israel mengumpul kira-kira $127 juta sebulan dalam duti kastam yang dikenakan ke atas barangan untuk pasaran Palestin yang transit melalui pelabuhan Israel dan kemudian memindahkannya kepada pihak berkuasa Palestin.

“Ini adalah keputusan yang sangat berbahaya yang menjejaskan pihak berkuasa Palestin dan merupakan kecurian,” kata Erekat kepada AFP.

“Israel mencuri tanah dan wang rakyat Palestin dan itu hasil daripada keputusan Presiden (Donald) Trump, yang menyokong Israel.” – AFP, 3 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen