Eksport Malaysia bagi Mei melonjak 32.5% tahun ke tahun kepada RM79.4 bilion, menurut angka kerajaan yang dikeluarkan hari ini, menjejaskan ramalan pasaran, lapor Reuters.
Peningkatan yang tidak dijangka mengatasi kadar 21.3% yang diputuskan oleh tinjauan Reuters. Ia juga menyumbang pertumbuhan 20.6% dari bulan sebelumnya.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menambah pertumbuhan eksport melampaui import untuk kali pertama sejak Mei 2016.
Menurut kementerian itu, import meningkat sebanyak 30.4% kepada RM73.91 bilion pada Mei 2017, dari 24.7% pada bulan April.
Sementara itu, lebihan dagangan negara mengecil kepada RM5.5 bilion pada bulan Mei, daripada RM8.8 bilion pada bulan sebelumnya.
Ringgit menjadi antara matawang utama di Asia pada tahun ini, meningkat 3% pada suku kedua.
Angka terkini dirangsang kenaikan eksport sebanyak 51.5% ke China, berbanding Mei 2016, yang didorong permintaan barangan elektrik dan elektronik dan produk petroleum. Ini mewakili pertumbuhan tahunan tertinggi sejak Februari 2010.
Sementara itu, penghantaran ke Amerika Syarikat naik 16.3% dan Kesatuan Eropah naik 29.7%. – 7 Julai, 2017.
Komen