Lima ditemui mati dalam nahas udara di Indonesia


Indonesia bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan pulau di negara itu – Gambar fail EPA, 6 Julai, 2017.

LIMA orang ditemui mati dalam nahas pesawat di wilayah Papua Indonesia, yang merupakan nahas udara terbaharu di negara itu. P

Pesawat jenis Pilatus Porter PC-6 dilaporkan terputus hubungan pada Rabu lapan minit selepas berlepas dari bandar Wamena ketika dalam penerbangan ke wilayah Nduga.

Bangkai pesawat berkenaan ditemui di kawasan pergunungan kira-kira 14 kilometer dari Lapangan Terbang Wamena.

Tiada yang terselamat dalam nahas itu.

Pesawat berkenaan milik syarikat Associated Mission Aviation (AMA) membawa tiga penumpang dan dua kru termasuk juruterbang warga Belanda. Empat mangsa terlibat merupakan warga Indonesia.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa dari lokasi nahas  dimulakan sejak awal Khamis dan lima mayat ditemui di lokasi nahas, kata seorang pegawai.

“Keadaan agak sukar kerana bangkai pesawat berada di celah cenuram, jadi memindahkan mayat dibuat menggunakan helikopter,” kata ketua lapangan terbang wamena, Rasburhani kepada AFP.

Indonesia bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan pulau di negara itu.

Berikutan rekod keselamatan penerbangan yang buruk, Indonesia mengalami beberapa nahs udara sejak beberapa tahun lalu. – AFP, 6 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen