Graduan didakwa cuba rekrut pengintip untuk Beijing


SEORANG graduan dari sebuah universiti terkemuka Taiwan didakwa melakukan pengintipan pada Khamis di mana pihak pendakwa menuduhnya cuba merekrut pengintip untuk Beijing.

Dakwaan itu muncul selepas amaran daripada pihak kerajaan berhubung ancaman risikan dari China ketika hubungan semakin tegang antara Taipei dan Beijing.

China masih menganggap pulau itu sebahagian daripada negara itu dan cuba menuntutnya walaupun kedua-dua pihak itu berpecah selepas perang saudara pada 1949.

Hubungan kedua-dua negara itu semkain tegang selepas Presiden Tsai Ing-wen kembali berkuasa sejak Mei lalu.

Pejabat Pendakwaraya Taipei berkata, lelaki yang dikenali sebagai Zhou – datang ke Taiwan untuk belajar pada 2012 – melanggar Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Media tempatan melaporkan lelaki itu dikenali sebagai Zhou Hongxu dari wilayah Liaoning, Timur Laut China menamatkan engajian di Universiti Chengchi, Taipei tahun lalu.

Pendakwaraya berkata, Zhou direkrut oleh pegawai dari tanah besar yang ditemui pada satu program mempromosikan pertukaran di Shanghai pada Julai 2014, yang memintanya membina rangkaian risikan. – AFP, 6 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen