MENGGUNAKAN percetakan berteknologi tinggi 3-D, saintis berjaya membina semula wajah seorang wanita yang memerintah utara Peru, 1,700 tahun lalu yang dikenali sebagai Lady Cao.
Mumia wanita itu ditemui di piramid Cao viejo pada 2006 di Lembah Chicama, yang terletak di utara bandar Trujillo kini.
“Teknologi membenarkan kita melihat wajah tokoh politik, agama dan budaya silam,” kata Menteri Budaya Salvador del Solar sewaktu mendedahkan patung berdasarkan gambaran wanita itu di Lima.
Wanita itu yang diberi gelaran Lady Cao merupakan sebahagian daripada budaya Moche yang menguasai kawasan pesisir pantai utara negara itu antara 100 hingga 800 SM.
Mumianya ditemui ditanam dengan barangan besi dan kayu yang dibungkus dengan tembaga yang melambangkan kuasa yang dimilikinya ketika masih hidup.
Ahli arkeologi berkata dia adalah tokoh wanita pertama yang diketahui memerintah Peru. Sebelum ini pakar tidak mempercayai yang wanita mempunyai kuasa memerintah atau agama di Peru pra-hispanik.
Saintis mengambil masa 10 bulan untuk mereka bentuk wajah wanita itu dengan menganalisis struktur tengkorak dan membandingkan dengan gambar penduduk wanita Magdalena de Cao, bandar yang paling hampir dengan piramid itu.
Tatoo di perut wanita itu turut dipamerkan. – AFP, 5 Julai, 2017.
Komen