KESATUAN Eropah (EU) dan Jepun secara dasarnya sudah bersetuju mengadakan perjanjian perdagangan bebas hari ini dalam petanda jelas cabaran kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump beberapa hari sebelum presiden AS itu membawa pendirian “America First” sidang kemuncak G20.
“Kami sudah mencapai persetujuan secara politik pada peringkat menteri mengenai perjanjian perdagangan EU-Jepun,” kata Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah Cecilia Malmstroem menerusi Twitter selepas perbincangan di Brussels dengan Menteri Luar Jepun Fumio Kishida yang mengakhiri perbincangan sukar yang mengambil masa empat tahun itu.
Kedua-dua belah pihak “menyelesaikan beberapa perbezaan” dan akan “mengesyorkan kepada pemimpin masing-masing untuk mengesahkan perjanjian ketika sidang kemuncak itu” Khamis nanti, tambah Malmstroem.
Perjanjian itu dilakukan beberapa hari sebelum mesyuarat G20 di Jerman di mana Trump dijangka berkeras tentang pendirian perdagangannya.
Gabungan ekonomi EU dan Jepun berjumlah 28 peratus perdagangan dunia menjadikan perjanjian itu salah satu perjanjian perdagangan bebas pernah dilakukan. – AFP, 5 Julai, 2017.
Komen