AMERIKA Syarikat dan Korea Selatan melancarkan peluru berpandu pada Rabu sebagai tindak balas kepada ujian peluru berpandu ICBM Korea Utara yang disifatkan oleh Kim Jong-Un sebagai ‘hadiah’ kepada AS.
Pelancaran peluru berpandu Korea Selatan pada Selasa – yang disahkan sebagai senjata ICBM oleh Washington – merupakan peristiwa penting pada Pyongyang dalam pencapaian untuk mengancam AS dengan serangan nuklear serta menimbulkan cabaran dasar asing kepada Donald Trump.
Presiden AS itu berikrar ia “tidak akan berlaku”, tetapi badan bebas berkata ia mampu mencapai Alaska atau kawasan lebih jauh ke benua AS.
Walaupun ujian itu mendapat tentangan antarabangsa, Korea Selatan dan tentera AS melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat kurang 24 jam lalu dari semenanjung ke Laut Jepun.
Kedua-dua senjata itu mengenai sasaran, kata pegawai tentera, “yang menunjukkan kemampuan serangan ke atas musuh ketika waktu kecemasan”.
Presiden Korea Selatan yang baharu, Moon Jae-In yang menyokong Pyongyang dibawa ke meja rundingan berkata, tindakan provokasi serius Korea Utara memerlukan mereka bertindak lebih daripada sekadar memberi kenyataan. – AFP, 5 Julai, 2017.
Komen