'Kunjungan hormat' KPN ke SPRM cetus tanda tanya


Muzliza Mustafa

Ketua Polis Negara Moh Fuzi Harun hadir bersama rombongan kira-kira jam 3 petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Julai, 2018.

KEHADIRAN Ketua Polis Negara Mohd Fuzi Harun di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menimbulkan tanda tanya apakah beliau juga dipanggil bagi membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull menafikan perkara itu sebaliknya berkata Fuzi hanya melakukan kunjungan hormat.

“Tidak, beliau ke sini untuk kunjungan hormat,” kata Shukri, menjelaskan hal sebenar melalui mesej kepada The Malaysian Insight.

Fuzi hadir bersama rombongan kira-kira jam 3 petang tadi. Wartawan cuba mendapatkannya namun kenderaan rombongan Fuzi diarahkan ke kawasan parkir di bawah ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Hari ini beerapa individu berprofil tinggi hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan 1MDB.

Bekas pengerusi Felda Shahrir Samad yang pertama hadir diikuti oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sebelah petang pula, anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, tiba bersama peguamnya. – 3 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen