64% rakyat Filipina setuju tutup sementara Pulau Boracay


Beberapa sukarelawan membersihkan pantai di Pulau Boracay, Filipina selepas kerajaan menutup pusat peranginan itu selama enam bulan bagi kerja pemulihan. – Gambar AFP, 3 Julai, 2018.

ISTANA Malacanang gembira dengan hasil tinjauan baru-baru ini yang menunjukkan majoriti rakyat Filipina menyokong penutupan Pulau Boracay selama enam bulan, lapor Inquirer.net.

“Istana mengalu-alukan sokongan rakyat,” kata jurucakap presiden Harry Roque dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hasil kaji selidik Stesen Cuaca Sosial menunjukkan 64% rakyat Filipina menyokong penutupan Boracay bagi membolehkan pemulihan dilakukan, selepas Presiden Rodrigo Duterte menyifatkan pulau peranginan itu umpama “takung najis”.

Duterte mengarahkan Boracay ditutup bermula pada 26 April dan menandatangani Perisytiharan No. 475 yang meletakkan kampung Manoc-Manoc, Balabag dan Yapak berada di bawah keadaan bencana. – Bernama, 3 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen