SYARIKAT pembuatan pesawat milik Ukraine, Antonov merancang untuk mengeluarkan siri pesawat penumpang AN-158 mulai tahun depan, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.
Ketua Antonov, Olexandr Donets berkata kepada Liga.net, pembuatan komponen pesawat akan mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan.
Selain itu, pesawat berkenaan akan menjalani ujian pemodenan dan pasca pemodenan.
AN-158 adalah pesawat jarak jauh yang mampu membawa sehingga 99 penumpang.
Penerbangan sulungnya pada April 2010 dan mempunyai nilai pasaran pengeluaran AS$30 juta. – Bernama, 3 Julai, 2018.
Komen