Presiden Malawi berdepan tuduhan skandal rasuah


Kumpulan masyarakat sivil menggesa Arthur Peter Mutharikac meletak jawatan susulan dakwaan beliau dan Democratic Progressive Party (DPP) menerima kira-kira AS$195,000 (167,000 euro) daripada kontraktor yang membekalkan makanan kepada polis. – Gambar AFP, 2 Julai, 2018.

PRESIDEN Malawi Arthur Peter Mutharika pada Insin berdepan dakwaan skandal rasuah menjelang pilihan raya tahun hadapan selepas satu laporan badan pencegahan rasuah negara itu menuduh beliau melakukan penipuan.

Kumpulan masyarakat sivil menggesa Mutharika meletak jawatan susulan dakwaan yang beliau dan Democratic Progressive Party (DPP) menerima kira-kira AS$195,000 (167,000 euro) daripada kontraktor yang membekalkan makanan kepada polis.

“Maklumat yang kami terima sangat jelas bahawa presiden mengambil keuntungan daripada transaksi tersebut,” kata kumpulan masyarakat sivil Gift Trapence kepada AFP.

“Jika beliau tidak letak jawatan selepas 14 hari, kami akan turun ke jalan raya.”

Jurucakap Mutharika berkata presiden tidak melakukan sebarang kesalahan selepas Biro Pencegahan Rasuah (ACB) menerbitkan laporan siasatannya di akhbar pada hujung minggu lalu.

“Tidak ada sebab untuk letak jawatan. Rekod secara jelas menunjukkan yang tuduhan ke atas beliau tidak berasas,” kata Mgeme Kalilani kepada AFP.

Pengarah ACB Reyneck Matemba mengesahkan yang ia menyiasat kontrak berkaitan pembekalan makanan polis tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

“Kami sedang menyiapkan siasatan kami,” katanya kepada AFP. – AFP, 2 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen