INTERPOL hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan dan peniaga berlian India, Nirav Modi, salah seorang suspek utama dalam kes penipuan di sebuah bank kerajaan bernilai AS$1.8 bilion (RM7.2 bilion).
Modi yang dikatakan berada di London, merupakan seorang tukang emas kepada selebriti-selebriti terkenal termasuk Naomi Watts dan Kate Winslet serta mempunyai beberapa kedai di bandar-bandar utama dunia.
Bulan lepas India memohon Interpol mengeluarkan notis merah bagi membantu mengesan Modi selepas peniaga yang kini dalam buruan itu itu dilihat di Britain.
Modi dituduh atas dakwaan pengubahan wang haram dan beberapa mahkamah telah mengeluarkan waran atas kegagalannya menghadirkan diri sebelum meninggalkan negara pada Februari.
Modi, 47, dituduh terlibatdalam penipuan bernilai AS$1.8 bilion melibatkan bank awam kedua terbesar, Punjab National Bank.
Menurut Forbes, kekayaan Modi bernilai AS$1.73 bilion dan dia berada pada tangga ke-85 dalam senarai orang-orang kaya India. Peguamnya menafikan segala tuduhan.
Tindakan Modi melarikan diri mencetus bantahan awam besar-besaran dan pihak pembangkang menuduh Perdana Menteri Narendra Modi - yang tiada hubungan dengan Modi- membantu jutawan itu melarikan diri. – AFP, 2 Julai, 2018.
Komen