LAPAN cedera ringan dalam satu kejadian tembakan malam tadi di depan sebuah masjid di bandar Avignon, tenggara Perancis, menurut pejabat pendakwa raya, tetapi menolak kemungkinan ia perbuatan pengganas.
Menurut laporan awal di tempat kejadian, sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata keluar dari kereta kira-kira 10.30 malam berhampiran masjid itu dan memulakan tembakan, termasuk menggunakan senapang patah.
Semua mangsa mengalami kecederaan yang tidak membahayakan nyawa.
“Apa yang kami tahu, masjid itu bukan sasaran,” kata pendakwa raya.
Menurut keterangan saksi, terdapat empat lelaki di dalam kereta terbabit semuanya berjaket hud. – AFP, 3 Julai, 2017.
Komen