Arab Saudi beri Qatar tempoh 48 jam lagi


Arab Saudi memberi lanjutan 48 jam lagi tarikh akhir kepada Qatar untuk menerima senarai tuntutan bagi membolehkan sekatan de facto dibatalkan. – Gambar EPA, 3 Julai, 2017.

ARAB Saudi dan sekutunya awal hari ini membuat keputusan untuk melanjutkan 48 jam lagi tarikh akhir bagi Qatar untuk menerima senarai tuntutan bagi membolehkan sekatan de facto dibatalkan.

Dengan tarikh akhir tamat pada tengah malam semalam, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama Bahrain dan Mesir bersetuju memberi masa tambahan kepada Doha untuk memberi respons positif terhadap tuntutan mereka atas permintaan Kuwait yang bertindak orang tengah dalam krisis negara Teluk itu.

Krisis itu tercetus bulan lalu, selepas Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta perjalanan dengan Qatar.

Mereka menuduh Doha menyokong keganasan dan menjadi sekutu musuh serantau Iran, namun Qatar menafikan tuduhan itu. – AFP, 3 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen