AMERIKA Tengah berdepan gangguan bekalan elektrik semalam, menyebabkan keadaan bergelap dari Panama ke Costa Rica hingga ke Nicaragua dan El Salvador hingga ia berjaya dipulihkan.
Pegawai di Institut Bekalan Elektrik Costa Rica (ICE) berkata gangguan berlaku di seluruh negara.
“ICE cuba mengenalpasti masalah ini,” kata Menteri Komunikasi Mauricio Herrera.
Beliau berkata pekerja berjaya memulihkan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Costa Rica.
ICE berkata gangguan itu berpunca dari luar negara dan menggesa orang ramai berada di dalam kediaman masing-masing ketika pihaknya cuba menyelesaikan masalah itu.
Di Panama, pihak berkuasa bekalan elektrik ETESA berkata melalui Twitter mengatakan negara itu hanya mengalami gangguan sebahagian sahaja kawasan dan pekerja berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik ke kawasan terjejas.
Gangguan di Panama berlaku kira-kira 15 minit semasa ucaptama Presiden Juan Carlos Varela kepada badan perundangan negara. – AFP, 2 Julai, 2017.
Komen