SPRM soal siasat anak tiri Najib esok


Muzliza Mustafa

Riza Aziz (kiri) dan Jho Low (kanan) ketika menghadiri tayangan perdana filem "The Wolf Of Wall Street" di New York pada 17 Disember, 2013. – Gambar fail AFP, 2 Julai, 2018.

ANAK tiri Najib Razak, Riza Aziz, yang didakwa menerbit filem Hollywood menggunakan berjuta duit dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) esok, menurut sumber.

Riza, 48, yang juga rakan kepada Low Thaek Jho, mendiamkan diri sejak namanya dikaitkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan ke atas dana negara itu.

Beliau merupakan penerbit filem dan pengasas bersama syarikat penerbitan filem Hollywood, Red Granite Pictures.

Pada Mac, penerbit-penerbit filem “the Wolf of Wall Street” telah bersetuju untuk membayar semula AS$60 juta (RM242.4 juta) kepada kerajaan AS selepas filem itu didakwa dibiayai oleh wang yang dicuri dari dana 1MDB.

Mac tahun ini juga, CNN melaporkan bahawa Red Granite Pictures yang turut menghasilkan filem komedi berbajet besar “Daddy’s Home” dan “Dumb and Dumber To”, diminta supaya membayar wang itu secara tiga kali ansuran selama 12 bulan (mulai Mac), menurut dokumen yang difailkan dengan mahkamah daerah AS di California.

Red Grabite dituduh menerima AS$64 juta (RM268 juta) sebagai sebahagian daripada AS238 juta (RM961 juta) yang didakwa dicuri dari 1MDB. DoJ percaya wang tersebut dipindahkan ke akaun yang dikawal oleh Riza.

Anak tiri Njaib itu dituduh mengguna wang dana 1MDB bagi membeli aset mewah dari Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan juga poster-poster filem.

DoJ juga mendakwa Riza mendakwa AS$94 juta (RM380 juta) yang diterimanya adalah merupakan “hadiah”.

Secara keseluruhan, DoJ sedang cuba merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB.

Siasatan 1MDB di Malaysia dibuka semula sebagai sebahagian daripada menifesto 11 hari kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad telah berjanji akan membuka semula dan menyiasat kes-kes seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, skandal 1MDB dan kes lain yang berkaitan dengan Najib. – 2 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen