Pelancong Jerman maut daki gunung berapi Indonesia


Beberapa kejadian maut dilaporkan membabitkan pelancong yang mendaki gunung berapi di Indonesia sejak 2010. – Gambar fail EPA, 30 Jun, 2017.

SEORANG pelancong Jerman yang hilang sejak seminggu lalu ketika mendaki di gunung berapi Indonesia ditemui mati, kata pegawai penyelamat hari ini.

Klaus Wolter, 48, yang menetap di Singapura hilang pada Rabu selepas memberitahu pihak hotel dia mahu ke Gunung Sibayak, gunung berapi yang masih aktif di wilayah Sumatera Utara.

Sekumpulan anggota penyelamat mula mencari di gunung berapi itu yang meletus kali terakhir lebih 100 tahun lalu – pada hari dia hilang, dalam pencarian selama lapan hari termasuk menggunakan helikopter.

Mayat Wolter ditemui pada Khamis berhampiran kawasan air terjun, beberapa kilometer dari tempat di mana dia kali terakhir dilihat.

Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan mayat kerana keadaan gunung yang menyukarkan, kata ketua pasukan Budiawan.

“Isteri mangsa mengesahkan itu suaminya,” katanya.

Sebelum ini, beberapa kejadian maut dilaporkan membabitkan pelancong yang mendaki gunung berapi di Indonesia.

Pada 2010, seorang pelancong Itali maut selepas terjatuh ke dalam jurang ketika mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. – AFP, 30 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen