MENTERI Luar Iran Mohamad Javad Zarif berkata yang sekatan perjalanan terbaru Amerika Syarikat (AS) kepada enam buah negara Islam “sangat memalukan”, hari ini.
“AS kini menyekat nenek di Iran daripada berjumpa cucu mereka, ia sangat memalukan dan menggambarkan permusuhan membuta tuli kepada semua rakyat Iran,” Zarif berkata demikian menerusi akaun Twitternya.
Sekatan sementara itu berkuatkuasa Selasa lalu menghalang rakyat enam negara majoriti Islam daripada memasuki AS melainkan mereka mempunyai hubungan “bone fide” kepada negara itu.
Selain ibubapa dan adik beradik, datuk nenek dan cucu, serta pakcik dan makcik dan lain-lain hubungan keluarga dikenakan sekatan itu.
Lebih sejuta orang mempunyai keluarga di Iran tinggal di AS, kes undang-undang terhadap cadangan sekatan Presiden Trump itu mewujudkan kerisauan berbulan lamanya kepada keluarga.
Trump berkata sekatan 90 hari kepada pelawat dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman- dan 120 hari sekatan kepada pelarian- diperlukan untuk menghalang pengganas daripada memasuki negara itu. – AFP, 30 Jun, 2017.
Komen