MRT Jakarta hampir siap, ujian tren bermula September


Projek yang menghubungkan Lebak Bulus di Jakarta Selatan dengan Bulatan Hotel Indonesia di Jakarta Tengah itu sudah siap hampir 95%.– Gambar Youtube, 2 Julai 2018

PEMBINAAN projek transit aliran massa (MRT) Jakarta kini sudah hampir siap dan dijadual akan mula diuji pada hujung tahun ini, lapor media di Indonesia.

Projek yang menghubungkan Lebak Bulus di Jakarta Selatan dengan Bulatan Hotel Indonesia di Jakarta Tengah itu sudah siap hampir 95%, kata pengarah presiden PT MRT Jakarta, William P Sabandar.

“Pada September kita akan mulakan ujian tren yang pertama,” katanya, seperti dipetik portal berita Merdeka.

Beliau menjangkakan MRT itu akan dapat disiapkan mengikut jadual dan boleh beroperasi pada Mac tahun depan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Indonesia, Darmin Nasution berkata, ujian operasi pada September nanti akan menilai tahap keselamatan laluan MRT itu.

Projek yang menghubungkan Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat ini adalah fasa pertama, melibatkan jarak hampir 16 km dengan 13 buah stesen.

Projek fasa keduanya nanti akan menyambungkan Cikarang di Bekasi dengan Balaraja di Tangerang pada jarak 87 km, melengkapkan jaringan rel bagi Jakarta Raya. Ia dijangka siap pada 2025. – Agensi, 2 Julai 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen