Mexico City pilih wanita jadi datuk bandar


Claudia Sheinbaum yang merupakan ahli politik tempatan dan juga pakar sains menjadi wanita pertama memegang jawatan sebagai datuk bandar Mexico City. – Gambar Youtube, 2 Julai 2018

MEXICO City memilih datuk bandar wanita pertamanya dalam sejarah, seorang ahli politik tempatan dan pakar sains, Claudia Sheinbaum, lapor AFP.

Menurut tinjauan dalam kalangan pengundi, Sheinbaum, 56, menang dengan undi antara 47.5 hingga 55,5 peratus. Tinjauan dilakukan oleh firma pungutan suara, Mitofsky.

Sokongan terhadap Sheinbaum ini dipercayai tempias daripada dukungan rakyat kepada pembangkang haluan kiri, Andres Manuel Lopez Obrador yang dijangka akan menang pemilihan presiden.

Seorang wanita pernah jadi datuk bandar Mexico City antara 1999 hingga 2000 kerana memangku tugas, tetapi Sheinbaum adalah datuk bandar wanita pertama yang dipilih melalui pilihan raya. – AFP, 2 Julai 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen