Kebakaran di California, penduduk diarah pindah


PIHAK berkuasa California mengeluarkan amaran cuaca merah dan arahan wajib pindah kerana kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berikutan cuaca panas dan tiupan angin melibatkan ribuan ekar kawasan. 

Kebakaran terbaharu tercetus di Yolo County pada Sabtu, yang merebak sehingga ke kawasan berkeluasan 22,000 ekar pada Ahad. 

Lebih 100 jentera bomba dan 12 buah helikopter terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran itu.

Api merebak sehingga ke Napa County pada Ahad. 

Satu lagi kebakaran adalah di Pawnee Fire di Lake County yang menyebabkan 14,150 ekar kawasan musnah, namun 73 peratus daripadanya berjaya dikawal pada Ahad. 

Tahun lalu mencatatkan kebakaran paling buruk di California. 

Kebakaran di kawasan Santa Barbera pada Disember tahun lalu menyebabkan dua orang terbunuh dan memusnahkan lebih 1,000 bangunan, termasuk kediaman bernilai jutaan dolar. 

Ia merupakan kebakaran yang ketiga terburuk sejak 1932. 

Pada Oktober, kebakaran turut menjejaskan lembah Napa dan Sonoma di utara Sn Francisco yang menyebabkan 40 orang maut serta memusnahkan lebih 7,000 kediaman dan bangunan. – AFP, 2 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen